"Tahun pertama hujan hanya turun 240 hari, tahun kedua hujan hanya turun 120, tahun ketiga hujan tak turun lansung."
Dan ceteka apa aku dengar kt radio pagi tadi........
http://www.wanista.com/el-nino-dijangka-melanda-asia-tenggara-mungkin-kemarau-selama-6-bulan/
Allahuakbar. dajjal dh nk keluar. kita mmg tak pasti bila tapi kita mmg sentiasa kena bersiap sedia. ya allah, betapa aku gerun. banyakkanlah baca surah ah-kahfi ayat pertama 1 hingga 10, ayat akhir 100 hingga 110. jangan tinggal, untuk mengelakkan fitnah dajjal. agar kita tidak terpengaruh dgn pengaruh dajjal. takut ya allah. apa bakal nasib kita. pernah terfikir tak........
Me: Umirah, tahu tak apa impian kita?
Her: apa
Me: agar Allah mematikan kita sebelum dajjal tiba. atau berada bersama-sama tentera nabi isa. kita takut kita tak kuat nak lawan hasutan dajjal. :/
Aku check balik instagram, facebook, twitter, tempat2 yg boleh upload gambar. aku check ada tak gambar kawan2 aku yg masih free hair yg aku upload. sbb aku sendiri takut, bila aku tak tegur kesalahan dyorg. cegah amar makruf, nahi munkar. tatkala di padang mahsyar, mereka cari kita, tanya kenapa kita tak tegur dia. allahuakbar.
"Tau tak macam mana keadaan kita nanti dekat padang masyar? Semua manusia, daripada keturunan Nabi Adam akan berhimpun di padang masyar. Bayangkan betapa ramainya manusia nanti kat sana. Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. Masa tu kita akan tau tangan mana yang sambut. Walaupun tangan kanan kita yang sambut, masih tak dapat jaminan lagi untuk kita ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang-sorang untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun tertinggal. Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula mula bangun, anak, isteri, keluarga, kawan, jiran, .. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. KALAU PAHALA DAH HABIS? Dosa diorang pula kita tanggung."
Astafirullahalazim. aku takut. yes, hidup di dunia sebagai seorang perantau. sebagai khalifah Allah yg tak lari dari sifat lupa, dan harus ingat mengingati antara satu sama lain. Ya Allah, kau bantulah aku. tetapkan hatiku yg sering kali berbolak-balik agar tidak mudah terpesong dari agamamu. hanya engkau tempat aku meminta dan bergantung. dan paling aku takut, what if amalan aku semua tak diterima? dan taubat aku lansung tak diterima? betapa aku rasa sebak, sedih, risau, mcm2 ah. Allahuakbar.